Khamis, 17 Mac 2016

Kembara Italy-Pisa

Day 4, Pepagi dah hangkut usung segala bag menuju ke train station dalam kedinginan pagi yg tak la pagi sangat dalam kol 8am je tapi sejuk beb . Nak ke Pisa plak nak nerjah menara condong yg terkenal tu. Perjalanan lebih kurang sejam lebih je dalam Euro 1+ ke 2  gitula, lupa la bila dah balik Malaysia makan cencalok.  Sampai2 train station kat PISA kami pi sumbat bag kat tempat simpan bag la.. sebab 3 bag maka jadik la Euro12. Takan nak usung plak kan sebab nak ke menara condong yg pemes tu kene naik bas lagi satu. Kami masa naik bas terlepas nak stop kat tempat menara tu so duduk je la dalam bas takyah turun nanti dia akan pusing balik dan turunla kat tempat menara tu. Sampai kat menara condong tu  korang posing la sepuas hati..dan jangan la nak perasan yg korang je ada kat situ..nak dapat angle yg takde orang memang susah..so pepandai la korang halau lalat2 lain tu ye supaya dalam gambar nampak macam korang je la yg ada kat situ..kene bertabah sket la . Ikutkan takde apa le sangat ngan PISA ni tapi dah kekdahnya tempat tourist dan tempat yg mesti di lawati..kalau tak gi kang orang tanya eh ko tak gi tempat ni??? macam sakit plak hati kan..so pergi je la..amik gambar jadikan bukti heheheheeh.Pas puas posing selfie bagai, kami pon balik ke train station dan amik bag dan terus beli tiket train ke Florence plak yang jaraknya dalam sejam lebih jugak la. Sampai Florence aka Firenze Termini dah nak remang-remang senja..meredah pulak cari hote kami..walhal hotel tak jauh pon sebab kuar kot pintu lain maka kene la memusing sket..Kami dok kat Florence ni nama dia Hotel Boccacio, ala tak sampai 5 minit jalan usung bag de. So sesiapa yg nak jelajah kembara negara orang tak nak guna agent pastikan muscle2 korang kuat la nak memikul , mengusung, mengheret bag korang tu ya..pastikan kalau ada roda, rodanya kukuh eheheheh. Selang dua ke tiga pintu dari hotel ni ada kedai makan yg halal ie orang Mesirnya. pergh nasi kebab dia terbaik laa, sedap berbanding tempat lain. Tapi perlu diingat, nasi minyak, kebab mesir ke turki ke syria ke adalah berbeza antara satu sama lain dari segi rasa dan rupa..Kat europe ni portion makanan dia besar, tak terhabis dek kita sepinggan nasi tu, kalau korang jenis tak kuat makan, baik share la..rege biasanya kat kedai2 gini bawah Euro10. Takyah convert nanti korang tak tertelan nasi tu,
Kiosk menjual souvenir

 Deretan kiosk kat luar pintu gerbang kawasan Menara PISA








Di mana-mana mesti ada statue.Lambang Kemegahan orang Italy kot
 

Gereja yang ada disitu

Rabu, 16 Mac 2016

Kembara Italy-Rome-Part 2

Day 3, 17 Dec 2015, pepagi dah kuar menerjah Colosseum, stadium peninggalan zaman kemegahan hercules. kagum mak jemah tengok tempat ni..terbayang segala kesengsaraan penduduk zaman dulu nak menyiapkan stadium atau arena ni..di sini juga la banyaknya pertumpahan darah berlaku..keji kan orang-orang zaman dulu. Di sekitar Colosseum ni jugalah terdapatnya Imperial Forums iaitu tempat aktiviti2 keagamaan zaman roman dulu dan Roman Forum . Dari Colosseum tempat-tempat ni dekat tapi nak menapak kurr semangat boleh semput nyawa la kekdahnya tapi tu je la caranya mana ada kuda ke kereta ke nak g jelajah tempat2 ni. Dari hotel nak ke Colosseum ni naik keretapi je..turun je keretapi jalan sket dah nampak peninggalan stadium ni. Tak susah mana pon, yang penting tau nak g mana dan tau nak turun stesen mana...tak tau kalu..tanya je..camne nak tanya..senag print kertas yg ada tertulis tempat yg kita nak tuju, tunjuk je kat orang yg kita nak tanya..nanti dengan senang hati derang akan cakap..sbb kalau kita sebut nanti lain bunyinya derang tak faham..so far orang2 italy ni tak sombong laa.

 Kuar je station ketapi terus nampak bangunan ni

 Masuk bayar ya

 Bahagian dalam yang bertingkat










Isnin, 14 Mac 2016

Kembara Italy -Rome-Part 1

Perjalanan kami kali ini bermula pada 14hb Dec 2015 yg lalu dari KLIA ke Rome menaiki Etihad Airways. Transit di Abu Dhabi.Kali ni transit tak lama..mencungap jugak la sebab selang sejam je. Dah tu dari satu gate ke satu gate bukannya dekat..kami tib adi Gate 49 dan berlari menuju ke Gate 73, Kiranya sejam suku tu masa di habiskan berlari2 dan berlari2 anak untuk sampai ke Gate 73 untuk tukar flight ke Rome plak.Tiba kat gate 73 kami mencungap2 mencari nafas nak2 bila tengok orang ramai dah beratur untuk check in..

Di pendekkan cite kiranya campur transit kira 16 jam la perjalanan dari KL-Rome. Sampai Airport Rome kami naik kereta sewa ke Hotel kami yang perjalanannya dalam 40 minit.Kami tiba dalam kol dah dekat 2pm  lebih gitu. Suhu masa tu toksah cite laa sejuk membeku, nasib dah prepare dengan baju tebal bagai. Hotel kami namanya Sonya terletak 5 -7 menet jalan kaki dari Terminal Roma (Roma Termili) pusat segala pengangkutan utama seperti metro bas dan keretapi. Lepas letak je bag, rehat jap kami pun mulakan meneroka kota Rome.Rancangnya petang tu nak gi Vatican city tapi tukar plan sebab musim sejuk ni malam awal jam 5 je dah mula gelap.Malas nak jalan malam-malam hari.So end up kami g Hard Rock Cafe tempat wajib dikunjungi untuk beli T-shirt atau fridge magnet bukannya cari masjid..boleh gitu? Puas menapak mencari tempat ni...lenguh kaki adoiyaiii sbb tempat ni takde la plak ketapi lalu.ada bas tapi x tau no berapa..huhu pecah la lemak sket gara2 nak g tempat ni.

Balik otel semua dah kelesuan tambah lagi dah perjalanan yg lebih 17 jam campur menapak memang lunyai la..

tu cite day 1..esok pas bekpas..oops nak cite pasal otel ni...otel ni tarap2 3 bintang kekdahnya, bestnya pekerja dia sangat ramah, ada bangla, ada india yg jaga cafe. bekpes disediakan. so makan je la yg agak2 boleh di makan seperti roti, telur rebus dan buah, sekadar alas perut. Aku tanya ada tak roti ala2 paun gitu sbb yg aa jenis bun dan croissant..dia kata takde.. ok la aku pun senyap..sekejap lagi dia boleh datang bawa satu roti paun ala2 gardenia gitu yg nampak memang di abeli kat luar..tapi kering la tak macam roti kita..katanya special untuk kami dan soh simpan untuk esok lusa sbb kami dok sini dua malam.Pekerja ni ada yg muslim, happy sangat bila tau kami dari Malaysia dan muslim tu yg layan terlebih luar biasa kot siap boleh belu roti tu lagi.

Overall nak cite Rome ni, kaya dengan bangunan lama..kalau korang minat sejarah korang mesti suka. Aku suka la tu sbb aku g ngan geng2 senget aku tu. 
Satu lagi sbb kami g time2 baru je Paris kene bom makanya kat kawasan tourist ni penuh la abam2 sojar lengkap bersenjata dengan polis2 mereka mengawal selia..depa tak buat apa pon cuma meronda dan mata melilau tapi kita tak plak rasa cuak atau takut..satu aku perasan derang takde pandang pelik atau skeptikal pon dengan orang2 yg bertudung macam kami ni..tak seperti yg digembar gembur oleh media..tapi apa pon kami tetap berwaspada.

Bestnya abam2 sojar dan polis dia mah aihhh hensem giler tuhhh...muka tak layak jadi sojar pon..elok jadi model atau pelakon  jek.

Makan halal kat Rome ni korang takyah susah hati la bersepah kedai kebab bagai.tapi makanan timur tengah la..toksah la plak perasan nak asam pedas ikan pari ke kari ayam plak kan...bertahan la dulu dgn makanan timur tengah ni kalau tak korang bertahan je la dengan mi dua minit cepat di masak sedap di makan tu heheeheheh.
So sepanjang tiga hari di Rome kami menerjah Piazza Navona ,The Pantheon, Roman Forum, Imperial Forums, Trevi Fountain , Piazza di Spagna (kat sini la yg banyak butik2 hi-end seperti prada oh my gucci etc tu),Spanish Steps dan hari last tu kami ke The Colosseum yang pemes tu, terbayang hercules berlawan dengan sang singa. Ok toksah cite panjang, layan gambar lagi baik..gambar dari camera hp yg cabuk je
 



 Trevi Fountain





Deretan Bangunan depan hotel
Terminal Rome
Deretan butik2 hi-end di Piaza Spagna

Piaza D spagna
Butik Furla yang akan di buka
Fountain di Piaza D Spagna
Penjual Buah Berangan Yg Besar Gedabak


Interior St Maria Basilica Pantheon
Kereta kontot Italy
Salah satu kedai yang terdapat di lorong menuju Piaza Navona-cantik kan?
Lorong menuju Piaza Navona

Fountai di Piaza Navona





Spanish steps di Piaza D spagna
Abam sojar

Kat Rome ni banyak air pancut.So takyah heran la merata2 ada statue dan air pancut.Orang-orangnya pon tak sombong kalau kita nak minta tunjuk jalan.