Ahad, 20 Mac 2016

Kembara Italy-The Mall Florence

Sampai kat The Mall terpegun jap. Ingat ala2 La Valle Village kat Paris or Bicester Village kat Uk or JPO kat Johor tu.rupanya lain..huhu,,,besar tempat ni..satu butik ke satu butik ada bangunan sendiri..bukan sederet kedai cam kat JPO. Maka nampak2 je butik Prada hati dah tak keruan..terus melulu masuk.melilau mata, berkobar jiwa dan raga..belek satu per satu handbag dan kasut..huwaaa..pe pasal cam tak berkemampuan jek ni..masuk tak sampai 10 minit kuar...g plak Gucci..sama gak..nak fitam dah..dah macam nak tertelan bijik halkum..eh ada ke takde halkum...nak tertelan lidah la kekdahnya..baru terasa kerdilnya diri...pancing yg di bawa berumpankan cacing, mana nak sangkut, ace berumpankan sotong ke ikan tenggiri ke baru la nyangkut.. terjahpula ke coach, dapat la purse kiriman rakan, ke MK plak...haa kat sini sengets nak fitam sbb MK tengah sale gegilos nak mampos ok...dah menggila..rembat serba tak kene...kira menggenting jari la jugak...terubat sket luka lara sebelum tadi....masuk plak TODS mencari hasil tangkapan sbb ada yg ngirim...dapat la seutas dua tu pon ada sale tapi tak sehebat MK...tapi ngenang perjalanan masih jauh tak boleh la nk genting2 jari sangat kan.cukup kah ruang bag dan berat utk dipikul naik kapal terbang nanti?..so kesimpulannya, kalau bawa kail panjang sejengkal berumpankan cacing usah di pancing todak yang besar...sedo2 la diri...memang bukan rezeki..dulu kawan g dapat gak kirim, merasa lah gak gucci prada kali ni harga memang jauh beza,, tak kemampuan..meh layan gambar





 







Kembara Italy- Florence

Day 5, Hotel kat florence ni takde cerek air kat bilik..kene minta kat lobby.Ingat boleh amik sendiri tapi tak boleh plak...orang dia yg akan amik kan dan kita plak segan nak minta dua tiga kali dah orang yg bagi tu pon tak mesra alam...maka dia bagi la satu teko kecik ngan cawan..coiii ingat cukup ke untuk kami bertiga nak rebus mi dua minit tu? dah malam kot (baru jam 7pm tapi dh gelap sgt)nak mengagau mana nak cari kedai makan..lagipon dah penat berposing sakan depan PISA Tower tadi..tak daya dah nak cari kedai makan dalam sejuk2 beku .End up kami makan roti je la..nasib bekalan roti masih ada cicah Vico panas yg diusung dari Tanah malaya...Pagi hari ke 5 tu pas makan bekpes yang disediakan di coffehousenya kenyang2, maka kami pun memulakan penjelajahan di kota Florence plak. Dekat je tempat2 tourist ni..Jalan kaki dari hotel dalam 10 minit dalam kedinginan dah boleh sampai.So hari ni kami ke Camanile di Giotto, sebuah menara jam dan bersebelahan dengan Cathedral Piazza del Duomo, kami ke Piazza della Signoria...satu dataran yg popular...semua tu dekat2 je..menapak je, sbb dalam kedinginan ok la, ace kat Msia ko buat gini..menapak 5 minit je pon tak kuasa kan , boleh putus nyawa sbb panas hehehe...kendian opkos kami ke HRC..mana2 tempat yg ada HRC ni pasti akan di tuju untuk kutip T-Shirt dan Fridge magnet sebagai koleksi memenuhkan lemari dan peti ais..kendian kami ke tempat jauh sket naik bas..tak jauh pon stesen bas...3 minit dari hotel..naik bas kat tepi terminal S.Maria Novella yng kami sampai mlm sebelum tu  untuk ke Piazzale Michelangelo, yg terletak kat satu puncak bukit. Ada statue Michelangelo kat situ .Dari atas bukit ni boleh tengok pemandangan Florence city..sbenarnya kalau nak menapak dari hotel pon boleh tapi boleh lelah laa bg org Msia yg banyak lemak ni..tak jauh pon tak sampai 30 minit jalan dah boleh sampai tapi dah nama geng senget..mana bleh jalan jejauh..memang fobia..cukup2 laa...sayang kat lemak2 yang terkumpul takut cair. Dah puas bergambar.Balik otel jap..singgah makan kat kedai tepi hotel..best gak..pastu rehat untuk kumpul tenaga dah hapdet status kat FB etc, tu penting sbb free wifi kat otel je ada, nak solat lom masuk waktu, awal lagi dan kuar semula g plak stesen bas sebab nak pergi tempat yang dinanti2kan..naik bas sebab nak ke luar bandar Florence..lebih kurang sejam perjalanan, memula nak g dua tempat, tamak kan..antara satu tempat ni ke satu lagi jauh2..so bila di timbal2 balik maka pilih satu je yg terbaik dan memang berbaloi pon serta tak cukup masa kalau nak g dua tempat.. maka bermula la penjelajahan menghabiskan duit ke The Mall..ya tempat sopping hand bag dan lain2 yg berjenama yg pemes tu...Prada Outlet tak jadi la sbb kalau g situ dapat Prada je tapi The Mall segala tok nenek jenama ada..ko nak apa..Oh My Gucci? Boss?Tods?Coach?MK ?Prada?LV?Channel... pon ada..eh segalanya la..siap je duit plastik...ni le tempat yg diidamkan sgt dengan harapan dapat la seutas dua hand bag Prada or Gucci sbb kenkawan kata murah beb murahhh..so sengets bertiga pon sasau jap.. wp sejam perjalanan mata tak boleh nak lelap sbb semangat nak memancing Prada atau Gucci berkobar tu...kekdah cam orang kekaya laa angan2 tu....Jom layan gambar

sepanjang jalan menuju signoria ada butik2 mewah


buahan segar sepanjang jalan nak ke Signoria 
 



Campanile di Giotto

Ukiran kat cathedral Del Duomo
 

gereja kat Del Duomo yang cantik

 
 
tengah hot dengan kes pengeboman kat Paris so sana sini tempat tourist memang ada askar dan polis lengkap bersenjata


 
 
 
sana sini ada statue



statue lucah kat piazza della signoria


pintu besar bangunan yg ada kat piazza Della Signoria
dataran kat Della Signoria

 
pemandangan dari atas bukit di mana sletaknya statue michelangelo

kiosk souvenir kat atas bukit tu.aku rembat apron sehelai heheeh euro 5 je sehelai

ni le michelangelo yg pemes tu..semua berbogel..lucah kan
 

 
 
 
 
 
 
 
 

Khamis, 17 Mac 2016

Kembara Italy-Pisa

Day 4, Pepagi dah hangkut usung segala bag menuju ke train station dalam kedinginan pagi yg tak la pagi sangat dalam kol 8am je tapi sejuk beb . Nak ke Pisa plak nak nerjah menara condong yg terkenal tu. Perjalanan lebih kurang sejam lebih je dalam Euro 1+ ke 2  gitula, lupa la bila dah balik Malaysia makan cencalok.  Sampai2 train station kat PISA kami pi sumbat bag kat tempat simpan bag la.. sebab 3 bag maka jadik la Euro12. Takan nak usung plak kan sebab nak ke menara condong yg pemes tu kene naik bas lagi satu. Kami masa naik bas terlepas nak stop kat tempat menara tu so duduk je la dalam bas takyah turun nanti dia akan pusing balik dan turunla kat tempat menara tu. Sampai kat menara condong tu  korang posing la sepuas hati..dan jangan la nak perasan yg korang je ada kat situ..nak dapat angle yg takde orang memang susah..so pepandai la korang halau lalat2 lain tu ye supaya dalam gambar nampak macam korang je la yg ada kat situ..kene bertabah sket la . Ikutkan takde apa le sangat ngan PISA ni tapi dah kekdahnya tempat tourist dan tempat yg mesti di lawati..kalau tak gi kang orang tanya eh ko tak gi tempat ni??? macam sakit plak hati kan..so pergi je la..amik gambar jadikan bukti heheheheeh.Pas puas posing selfie bagai, kami pon balik ke train station dan amik bag dan terus beli tiket train ke Florence plak yang jaraknya dalam sejam lebih jugak la. Sampai Florence aka Firenze Termini dah nak remang-remang senja..meredah pulak cari hote kami..walhal hotel tak jauh pon sebab kuar kot pintu lain maka kene la memusing sket..Kami dok kat Florence ni nama dia Hotel Boccacio, ala tak sampai 5 minit jalan usung bag de. So sesiapa yg nak jelajah kembara negara orang tak nak guna agent pastikan muscle2 korang kuat la nak memikul , mengusung, mengheret bag korang tu ya..pastikan kalau ada roda, rodanya kukuh eheheheh. Selang dua ke tiga pintu dari hotel ni ada kedai makan yg halal ie orang Mesirnya. pergh nasi kebab dia terbaik laa, sedap berbanding tempat lain. Tapi perlu diingat, nasi minyak, kebab mesir ke turki ke syria ke adalah berbeza antara satu sama lain dari segi rasa dan rupa..Kat europe ni portion makanan dia besar, tak terhabis dek kita sepinggan nasi tu, kalau korang jenis tak kuat makan, baik share la..rege biasanya kat kedai2 gini bawah Euro10. Takyah convert nanti korang tak tertelan nasi tu,
Kiosk menjual souvenir

 Deretan kiosk kat luar pintu gerbang kawasan Menara PISA








Di mana-mana mesti ada statue.Lambang Kemegahan orang Italy kot
 

Gereja yang ada disitu