Khamis, 17 Mac 2016

Kembara Italy-Pisa

Day 4, Pepagi dah hangkut usung segala bag menuju ke train station dalam kedinginan pagi yg tak la pagi sangat dalam kol 8am je tapi sejuk beb . Nak ke Pisa plak nak nerjah menara condong yg terkenal tu. Perjalanan lebih kurang sejam lebih je dalam Euro 1+ ke 2  gitula, lupa la bila dah balik Malaysia makan cencalok.  Sampai2 train station kat PISA kami pi sumbat bag kat tempat simpan bag la.. sebab 3 bag maka jadik la Euro12. Takan nak usung plak kan sebab nak ke menara condong yg pemes tu kene naik bas lagi satu. Kami masa naik bas terlepas nak stop kat tempat menara tu so duduk je la dalam bas takyah turun nanti dia akan pusing balik dan turunla kat tempat menara tu. Sampai kat menara condong tu  korang posing la sepuas hati..dan jangan la nak perasan yg korang je ada kat situ..nak dapat angle yg takde orang memang susah..so pepandai la korang halau lalat2 lain tu ye supaya dalam gambar nampak macam korang je la yg ada kat situ..kene bertabah sket la . Ikutkan takde apa le sangat ngan PISA ni tapi dah kekdahnya tempat tourist dan tempat yg mesti di lawati..kalau tak gi kang orang tanya eh ko tak gi tempat ni??? macam sakit plak hati kan..so pergi je la..amik gambar jadikan bukti heheheheeh.Pas puas posing selfie bagai, kami pon balik ke train station dan amik bag dan terus beli tiket train ke Florence plak yang jaraknya dalam sejam lebih jugak la. Sampai Florence aka Firenze Termini dah nak remang-remang senja..meredah pulak cari hote kami..walhal hotel tak jauh pon sebab kuar kot pintu lain maka kene la memusing sket..Kami dok kat Florence ni nama dia Hotel Boccacio, ala tak sampai 5 minit jalan usung bag de. So sesiapa yg nak jelajah kembara negara orang tak nak guna agent pastikan muscle2 korang kuat la nak memikul , mengusung, mengheret bag korang tu ya..pastikan kalau ada roda, rodanya kukuh eheheheh. Selang dua ke tiga pintu dari hotel ni ada kedai makan yg halal ie orang Mesirnya. pergh nasi kebab dia terbaik laa, sedap berbanding tempat lain. Tapi perlu diingat, nasi minyak, kebab mesir ke turki ke syria ke adalah berbeza antara satu sama lain dari segi rasa dan rupa..Kat europe ni portion makanan dia besar, tak terhabis dek kita sepinggan nasi tu, kalau korang jenis tak kuat makan, baik share la..rege biasanya kat kedai2 gini bawah Euro10. Takyah convert nanti korang tak tertelan nasi tu,
Kiosk menjual souvenir

 Deretan kiosk kat luar pintu gerbang kawasan Menara PISA








Di mana-mana mesti ada statue.Lambang Kemegahan orang Italy kot
 

Gereja yang ada disitu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan